Monday, 5 April 2021

Rencana : NASIONALISME

Maksud Nasionalisme

- Perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara . Ia boleh diertikan sebagai semangat kebangsaan yang menjelaskan sikap dan pendekatan berkaitan dengan perjuangan menentang penjajah serta pembelaan terhadap bangsa dan negara. Selain itu nasionalisme adalah gerakan untuk mencapai kebebasan politik , ekonomi dan sosial daripada penguasaan orang asing.

Perkembangan Nasionalisme di Barat (1688)

- Nasionalisme di barat berkembang kerana hasil daripada penentangan  terhadap pemerintahan beraja yang menjadi simbol penindasan yang menggugat hak dan kebebasan rakyat . Terdapat 3 contoh nasionalisme anti raja antaranya ialah Revolusi Keagungan di England , Perancis , dan Amerika . Seterusnya,  idea nasionalisme dikaitkan dengan perjuamgan untuk memperoleh kemerdekaan daripada penjajahan kuasa asing seperti Revolusi Amerika . Revolusi keagungan di England pada tahun 1688 disebabkan keinginan menegakkan kedaulatan parlimen dan hak asasi rakyat.

Revolusi Amerika (1776)

Revolusi Amerika merupakan reaksi orang Amerika menentang penjajahan British, Penentangan ini disebabkan oleh tindakan British tidak melindungi hak penduduk Amerika yang merupakan sebahagian daripada empayar British. Terdapat 13 buah tanah jajahan British di Amerika. Penduduk Amerika menentang akta yang diperkenalkan untuk memungut cukai di jajahan tersebut seperti Akta Pelayaran, Akta Gula, Akta Setem dun Akta Teh. Pemimpin di tanah jajahan menubuhkan kongres yang diketuai oleh George Washington dan mengisytiharkan perang terhadap British untuk memperjuangkan kemerdekaan Amerika. Kongres meluluskan Perisytiharan Kemerdekaan Amerika yang ditulis oleh Thomas Jefferson pada bulan Julai 1776.  Jika sesebuah  kerajaan tidak dapat menjamin hak kehidupan, kebebasan dan kebahagiaan, maka menjadi hak penduduk untuk membentuk kerajaan baharu.Revolusi Amerika berakhir pala tahun 1783, apabila British mengakui kemerdekaan Amerika. Sebunyak 13 buah bekas tanah jajahan tersebut digabungkan dan diberikan nama baharu sebagai Amerika Syarikat yang memperkenalkan sistem pemerintahan demokrasi.

Revolusi Perancis (1789)

Revolusi Perancis tercetus daripada idea nasionalisme yang memperjuangkan kebebasan, persamaan dan persaudaraan oleh golongan pemikir Perancis seperti Jean Jacques Rousseau (Rousse ) dan Voltaire Rousseau telah menulis The Social Contract yang mengemukakan keunggulan suara rakyat bagi menjamin kesejahteraan masyarakat. Suara rakyat digelar sebagai sat umum yang merupakan kata sepakat golongan yang mempunyai kesedaran. Menurut Rousseau, kedantatan suara rakyat lebih tinggi dan penting daripada instituni raja dan birokrasi Susuran golongan revolusi adalah terhadap pemerintahun autokratik Raja Louis XVI (1774-1792) dan golongan bangsawan. Golongan ini memonopoli pelbagai keistimewaan, sebulikoya rakyat terbeban dengan pelbagai cukai. Golongan revolusi menggempur penjara Bastile, membebaskan tahanan politik dan seterusnya menggulingkan Raja Lois XVI. Revolusi Perancis membawa kemunculan Republik Perancis yang mengakhiri sistem pemerintahan beraja di Perancis.

Perkembangan Nasionalisme di Asia :

Nasionalisme di China

Nasionalisme di China bertujuan mengukuhkan peradaban China dalam kalangan orang Cina daripada ancaman penguasaan politik dan ekonomi oleh kuasa asing. Nasionalisme China bermula dengan penentangan terhadup kelemahan pemerintahan Dinasti Manchu kerajaan Manchuria yang dianggap sebagai orang luar dan kehilangan mandat. Masyarakat China turut hilang kepercayaan terhadap Dinasti Manchu yang gagal menglulang kemusakan penganih Barat. Gerakan nasionalisme seterusnya bercorak anti Barat kerana menentang campur tangan kuasa Barat di China. Tokoh yang mempelopori gerakan kebangkitan rakyat di China ialah Dr. Sun Yat Sen. Beliau mengemukakan Tiga Prinsip Rakyat (San Min Chw-i) sebagai ideologi perjuangan iaita nasionalisme, demokrasi dan kebajikan sosial Prinsip tersebut menjadi asas kepada gerakan Revolusi China pada tahun 1911 yang berjaya menumbangkan pemerintahan Dinasti Manchu dan kemunculan pemerintahan republik di China

Nasionalisme Empayar Uthmaniyah dan Mesir

Nasionalisme empayar Uthmaniyah dan Mesir lahir daripada kesedaran untuk mempertahankan sistem pemerintahan Islam dan agama Islam yang diancam oleh imperialisme Barat pada abad ke-19. Kesedaran tersebut mencetuskan gerakan Pan-Islamisme dan gerakan Islah.

Gerakan Islah

Gerakan Islah merujuk gerakat pemulihan Islam. Gerakan ini telah dipelopori oleh Sayyid Jamal al-Din al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh. Imperialisme Barat di Mesir menyebabkan berlakunya pertembungan kebudayaan antara Eropah- Amerika dengan kebudayaan tempatan yang mengubah budaya dan tradisi kepercayaan masyarakat tempatan. Dengan itu, gerakan Islah menyeru umat Islam berpegang pada ajaran Islam yang sebenar berpandukan al-Quran dan Hadis serta memperbaik kehidupan masyarakat untuk melepaskan diri daripada penjajahan.

Gerakan Pan-islamisme

Pada tahun 183, Sayyid Jamal al-Din al Afghani menubuhkan kumpulan yang diberikan nama al-Urwah al-Wuthqa (Ikatan yang Kuat). Kumpulan ini ditubuhkan untuk memperkuat rasa persaudaraan dan membawa umat Islam kepada kemajuan, Pertubuhan ini telah menertitkan akhbar al-Urwah al-Wuthupa untuk menyebarkan idea Pan IslamisIme, iaitu seran penyatuan persaudaraan umat Islam di seluruh dunia untuk bangkit menghalang peluasan kuasa Barat. Pada tahun 1914, empayar Uthmaniyah mengeluarkan fatwa menyeru umat Islam yang ditindas penjajah Barat hangkit berjuang bersama-sama dengan empayar Uthmaniyah.

Pemerintah empayar Lithmaniyah, iaitu Khalifah Abdul Hamid Il menggerakkan idea Pan-Islamisme ini. Gerakan ini mendapat sokongan umat Islam di seluruh dunia termasuklah Tanah Melayu. Contohnya. kebangkitun Tok Janggut menentang British di Kelantan pada tahun 1915.


Nasionalisme di Jepun

Nasionalisme di Jepun pula digerakkan oleh pemerintah Jepun disebabkan oleh kesedaran untuk mencapai kemajuan bagi mengelakkan ancaman imperialisme Banat. Maharaja Mikado Meiji (1868) melancarkan gerakan pemulihan Jepun dengan menekankan pemodenan mengikut model Barat supaya Jepun dihormati olch kuasa Barat. Prinsip dan semangat bushido dijadikan asas membina nasionalisme dalam kalangan rakyat dan pemerintah semasa era Pemulihan Meiji. Pemulihan meliputi gerakan pembaharuan dalam semua aspek kehidupan yang menjadikan Jepun muncul sebagai negara perindustrian dan kuasa tentera yang kuat di Asia pada awal abad ke-20. Namun begitu. desakan ekonomi dan nasionalisme melampau oleh golongan tentera menjadikan Jepun sehagai kuasa imperialisme di Asia

NASIONALISME ASIA TENGGARA:
NASIONISME FILIPINA
Nasionalisme di Filipina muncul untuk menghapuskan penjajahan asing. Antara tokoh nasionalis penting termasuklah Jose Rizal, Andres Bonifacio (Bonifacio serta Emilio Aguinaldo (Aguinaldo). Nasonalisme peringkat awal berbentuk gerakan Propaganda yang dipimpin oleh Joe Rizal Gerakan ini menuntut Filipina dijadikan sebahagian daripada wilayah Sepanyol yang mempunyai hak yang sama seperti bangsa Sepanyol. Jose Rizal menubuhkan Liga Filipina pada tahu 1892 untuk mendesak kerajaan Sepunyol melakukan perubahan politik dan sosial di Filipina. Kegagalan Gerakan Propaganda mencetuskan idea nasionalisme yang lebih radikal. Benifacio menabuhkan Katipunan untuk memperoleh kemerdekaan Filipina melalui revolusi. Katipunan yang merupakan gerakan rewihnioner telah menggunakan akhbar Kalayan untuk menyeharkan idea revolusi kepada rakyat Filipina Bonifacio dan Aguinaldo telah memimpin Katipunan melancarkan Revolusi Filipina pada tahun 1896 untuk menyingkitkan pemerintahan Sepanyol usaha ini gagal. Aguinaldo kemudiannya bekerjasama dengan Amerika Syarikat dan berjaya mengusir Sepanyol dari Filipina. Namon begitu, Pengisytiharan Kemerdekaan Filipina oleh Agiuinalde pada tahun I899 tidak diiktiraf oleh Amerika Syarikat, sebaliknya Filipina diletakkan di bawah penguasaan Amerika Syarikat. Di bawah penjajahan Amerika Syarikat, golongan nasionalis ini menguhah strategi perjuangan dengan menggunakan saluran diplomasi melalui parti politik sederet. Pendekatan kerjasama membolehkan Sergio Cumena, pemimpin Parti Nasionalis dilantik menganggotai Dewan Pertimpunan Filipina pada talun 1907. Gerakan menuna kemerdekaan ini diteraskan oleh golongan nasionalis sehingga perang Dunia Kedua.


NASIONALISME DI BURMA
Nasionalisme di Burma ialah manifestasi perjuangan polongan kelas menengah, sam Bodlha (pongyi. Thakin (siswazah universiti) dan golongan petani menentang imperialisme British. Nasionalisme digerakkan oleh golongan kelas pertengahan berpendidikan Barat berikutan penganuh British yang mengancam kedudukan agama Buddha. Mereka menubuhkan Persatuan Belia Buddha pada tahun 1906 untuk mengekalkun tradisi Buddha, pendidikan dan kebudayaan Burma. Persatuan tersebut menggunakan isu kasut untuk membungkitkan nasionaliame. Selepas diambil alih oleh pemimpin yang lebih radikal seperti U Ba Pe, persatuan tersebut dinamakan Majlis Persatuan Am Kesatuan Burma yang berkaitan dengan bangaa Burmu mulu diperjuangkan. Menjelang tahuu 1920. Revolusi Pelajar menuntut penubuhan universiti untuk mereka golongan sami Buddha seterusnya menubuhkan Majlis Am Sangha Samagyidan mencetuskan Pemberontakan Saya San (1930-1932). Pemberontakan yang diketuai oleh Saya San, iaitu bekas pongyi mendapat sokongan petani yang terbeban dengan pelbagai jenis cukai. Perkembangan nasionalisme berikutnya dipengaruhi oleh pengenalan Perlembagaan Burna 1935 yang memisahkan Burma dengan lndia. Perlembagaan tersebut merangsang perjuangan ke anah berkerajaan sendiri. Golongan Thakin menubuhkan Pati De Bama Asiayene (Kami Orang Burma) untuk memperjuangkan kemerdekaan Burma. Pemimpin parti tersehut seperti Aung San, Kyaw Nein dụn U Nu menggelar diri sehagai "Thakin" yang bermaksud tuan dan menegaskan orang Burma erti bertuankan orang Borma. Dr. Ba Maw yang memenangi pilihan raya pada tahun 1937 kemuliannya dilantik setagai Pendana Menteri yang pertama.

NASIONALISME DI VIETNAM
Nasionalisme di Vietnam muncul akibat perubahan sosiopolitik dan sosiekonomi selepas kedatangan Perancis, terutama selepas tahun 1918. Gerakan nasionalisme Vietnam dipelopati oleh golongan bangsawan dan pegawai daripada polongan Mandarin. Golangan inii memperjuangkan pemulihan sistem pemerintatan beraja. Kemunculan golongan intelektual meningkatkan kesedaran politik dan gerikan anti-Perancis. Nasionalisme Vietnam disalurkan melalui  akhbar seperti Trihune Indie dun Cloche Feler yang mengkritik penindasan Perancis dan menuntut hak rakyat Vietnam. Gerakan nasionalisme Vietnam selepas Perang Dunia Pertama bercorak revolusi yang didukung oleh dua aliran ideologi, iaitu nasionalisme dan komunisme Parti utama aliran Nasionalisime ialah Viet Nam Quout Dang Dang (VNQDD) atau Parti Nasionalis Vietnam pimpinan Nguyen Thai Hor manakala golongan komunis  diterajui oleh Parti Komunis Vietnam (PKV) pimpinan Ho Chi Minh.

KRONOLOGI PERANG DUNIA PERTAMA:

Perang Dunia Pertama (atau Perang Dunia I) ialah sebuah perang dunia yang berlarutan antara 28 Julai 1914 - genap sebulan setelah pembunuhan terancang Erzherzog Franz Ferdinand dari Austria dan isterinya di Sarajevo, Bosnia oleh seorang pengganas Serbia - hingga 11 November 1918. Tarikh bermulanya perang ini ialah pada 28 Julai 1914 hingga 11 November 1918 dan berlokasi di  Eropah, Afrika dan Timur Tengah (secara ringkas di China dan Kepulauan Pasifik). Keputusan hasil Peperangan ini ialah kemenangan pihak berikat. Berakhirnya Empayar Jerman, Empayar Rusia, Empayar Turki Uthmaniyyah, dan Austria-Hungary. Terbentuknya negara-negara baru di Eropah Timur. Pihak yang terlibat ialah Pihak bersekutu dan Kuasa Tengah. Pihak Bersekutu diwakili oleh negara-negara seperti Rusia, Perancis, Kanada, United Kingdom, Itali dan Amerika Syarikat manakala Kuasa Tengah pula duwakili oleh negara seperti Bulgaria, Emapayar Turki Uthmaniyah dan Empayar Jerman serta Austria-Hungary. Austria-Hungary memutuskan menghukum Serbia atas pembunuhan ketua negaranya dengan sokongan Empayar Jerman pada 28 Julai 1914. Rusia membuat penyediaan menyokong Serbia dan diserang oleh Jerman. Negara Perancis pula menyokong Rusia dan Jerman juga menyerangnya. Untuk sampai di Paris dengan secepat mungkin, tentera Jerman menyerang Belgium, sebuah negara yang berkecuali. Britain kemudian menyerang Jerman sebagai tindak balas ini. Pada permulaannya, negara Jerman memenangi peperangan itu akan tetapi negara Perancis, Britain dan Rusia terus bertempur. Jerman, Austria-Hungary dan sekutunya digelarkan "Kuasa-kuasa Pusat" manakala negara-negara yang menentangi mereka digelarkan "Tentera Bersekutu". Sewaktu peperangan berlanjutan, negara-negara lain bercampur tangan. Hampir kesemuanya memihak dengan Tentera Bersekutu. Pada tahun 1915, Itali menyertai Tentera Bersekutu kerana ingin menguasai tanah Austria. Dan pada tahun 1917, Amerika Syarikat memasuki peperangan memihak Tentera Bersekutu. Sungguhpun Tentera Bersekutu amat kuat, negara Jerman kelihatan hampir-hampir memenangi peperangan itu. Selepas 1914, negara Jerman menguasai Luxemborg, kebanyakan Belgium, serta sebahagian daripada Perancis utara. Negara Jerman juga menang di Barisan Timur ketika usaha Rusia tergagal. Akan tetapi menjelang 1918, tentera Jerman telah mengalami keletihan. Bekalannya tidak mencukupi dan terdapatnya pergolakan sosial di dalam negara sendiri. Pada waktu yang sama, semakin ramai tentera Amerika Syarikat baru tiba untuk mengukuhkan Tentera Bersekutu. Pada musim panas 1918, tentera Amerika Syarikat membantu menentangi serangan Jerman yang terakhir di barat. Negara Jerman menurunkan tandatangan perjanjian peletakan senjata pada 11 November. Di bawah Persetiaan Versailles yang ditandatangani selepas Perang Dunia Pertama, negara Jerman menyerahkan tanah-tanah jajahan dan sebahagian daripada wilayah Eropahnya. Poland diasaskan semula dan menerima Posen {sekarang digelar Poznani), sebahagian Silesia serta sebahagian Prussia Barat. Alsace dan bahagian Lorraine yang dikuasai oleh Jerman dipulangkan kepada negara Perancis. Negara Perancis juga dapat menguasai kawasan Saar selama 15 tahun. Perjanjian ini juga meletakkan Rhineland di bawah pendudukan Tentera Bersekutu selama 15 tahun. Bilangan tentera Jerman dikecilkan tidak melebihi 100,000 askar serta dilarang mempunyai tentara udara. Jerman juga perlu membayar Tentera Bersekutu pampasan perang yang sungguh besar. Dianggarkan terdapat 8.6 juta mangsa peperangan ketika Perang Dunia I. Pihak Bersekutu kehilangan 5.1 juta orang sementara Kuasa-kuasa Pusat 3.5 juta. Peperangan tersebut mengakibatkan kemusnahan besar kepada negara-negara yang terlibat dan dikenali sebagai "peperangan untuk mengakhiri semua peperangan" sehinggalah Perang Dunia II berlaku.

PERANG DUNIA KEDUA :
Perang Dunia Kedua (Perang Dunia Ke-2 atau Perang Dunia II) ialah perang dunia yang telah berlangsung dari tahun 1939 hingga 1945. Konflik antarabangsa ini melibatkan sebahagian besar negara-negara dunia termasuklah semua kuasa besar yang membentuk dua pakatan tentera yang utama iaitu Kuasa Bersekutu dan Kuasa Paksi. Dalam keadaan perang menyeluruh, ia membabitkan lebih daripada 100 juta orang anggota tentera dari lebih 30 buah negara, dengan negara-negara utama yang terlibat dalam perang ini menggunakan seluruh kemampuan ekonomi, industri dan ilmiah mereka di sebalik usaha perang, yang mengaburkan perbezaan antara sumber awam dan ketenteraan. Perang Dunia Kedua juga merupakan konflik yang paling banyak menyebabkan kematian dalam sejarah manusia, yang telah mengorbankan kira-kira 70 hingga 85 juta nyawa, dengan lebih banyak orang awam terbunuh berbanding anggota tentera. Puluhan juta orang terkorban disebabkan oleh genosid (termasuk Holokus), pembunuhan beramai-ramai, kebuluran dan penyakit. Pesawat udara turut memainkan peranan besar dalam perang ini, yang meliputi pengeboman strategik terhadap pusat penduduk serta pembangunan senjata nuklear dalam perang; hanya dua penggunaannya di dalam perang tersebut. Bahkan, operasi pertempuran pertama dalam Perang Dunia Kedua merupakan serangan udara Jerman terhadap Poland pada September 1939, sementara operasi pertempuran terakhir ialah serangan bom atom Amerika Syarikat terhadap Hiroshima dan Nagasaki di Jepun pada Ogos 1945.

Tuesday, 12 May 2020

PENGALAMAN SAYA DAN KELUARGA BERCUTI DI BAROKAH VILLAGE RESORT , BATU PAHAT

    Pada 24 Disember yang lalu , saya dan keluarga bercadang untuk pergi bercuti di satu tempat yang menarik iaitu di Barokah Village Resort yang terletak di Batu Pahat , Johor .

   Percutian kami di sana menngambil masa selama 2 hai 1 malam bermula dari 24 Disember hinggan 25 Disember . Tujuan kami mengambil cuti pada pertengahan Disember kerana saya ditugaskan untuk menyiapkan dahulu kerja kerja sekolah yang tertangguh pada sebelum sebelum ini. 


   Baiklah , kami mula bertolak dari rumah dengan mengambil masa 2 jam untuk tiba di tempat penginapan . Kira-kira pada jam 3 petang , kami tiba di Barokah Village Resort di Batu Pahat . Kemudian saya dan keluarga bersiar siar dahulu di Barokah Village Resort untuk melihat pemandangan yang csntik belaka . Selepas beberapa minit , kami mendaftar untuk masuk ke dalam tempat penginapan kami . Harga bilik yang kami tempah itu berjumlah RM120 sehari . Selepas itu , kami semua berehat sebentar di dalam tempat penginapan kami . 
 

  Dalam masa yang sama , adik beradik saya ingin mandi manda di tempat penginapan kami . Kebetulan , kolam mandi manda itu berdekatan sahaja dengan tempat kami berehat , betul betul di hadapan tempat penginapan kami ini . 



Kami pun berseronok di kolam mandi manda itu , kami semua berasa puas kerana dapat mandi manda di taman tema air itu . Suasana di sana sungguh meriah . Untuk pengetahuan semua , bagi sesiapa yang sudah masuk mendaftar ke dalam tempat penginapan , mereka boleh bermandi manda di taman tema air itu sepuas hati mereka . Tapi bagi merek yang datang dari luar dan ingin mandi manda di taman tema air itu , merekea perlu membayar wang tunai sejumlah rm 5 . Kemudian , kami semua naik untuk bersiap siap untuk pergi makan malam . 



Kebetulan , kedai makan yang kami pergi itu berdekatan sahaja dengan tempat penginapan kami . Kami boleh berjalan kaki sahaja . Kedai makan itu bernama Leypark Bistro . Di situ ,terdapat makanan yang siap di masak dan jug ada steamboat . Kami sekeluarga bercadang untuk mengambil pakej memakan steamboat dengan harga yang murah iaitu RM 50 sekepala . 

 
 
 


Di kedai makan itu , terdapat pelbagai jenis juadah makanan . Antaranya , udanng , kerang , ikan , ketam , dan banyak lagi . Selepas beberapa jam menghabiskan masa di kedai makan itu , kami sekeluarga puas kerana dapat makan makanan yang banyak . Kemudian kami sekeluarga balik ke tempat penginapan untuk tidur.

Pada keesokkan harinya , kami sekeluarga bersiap sip untuk keluar dari tempat penginapan itu , kami semua mengemas barang , bersihkan tempat penginapan . Kemudian , kami beredar dari sana pada pukl 12 tengahari . Kami semua makan di gerai makan lempeng yang berdekatan di situ . Kemudian selang beberapa jam , kami bercadang untuk pergi ke Legoland untuk bersiar siar sahaja . Kami tidak sempat untuk masuk ke dalam taman tema kerana di situ sudah mendung . Kemudian kami membuat keputusan untuk bersiar siar sahaja di legoland itu . 





Kemudian , pada pukul 5 petang , kami sekeluarga beransur pulang ... Kami sekeluarga berasa amat puas kerana dapat menghabiskan masa dengan keluarga kami sendiri . Semasa di dalam kereta , adik beradik saya termasuk saya tidur bergelimpangan kerana terlalu penat .