Tuesday, 12 May 2020

PENGALAMAN SAYA DAN KELUARGA BERCUTI DI BAROKAH VILLAGE RESORT , BATU PAHAT

    Pada 24 Disember yang lalu , saya dan keluarga bercadang untuk pergi bercuti di satu tempat yang menarik iaitu di Barokah Village Resort yang terletak di Batu Pahat , Johor .

   Percutian kami di sana menngambil masa selama 2 hai 1 malam bermula dari 24 Disember hinggan 25 Disember . Tujuan kami mengambil cuti pada pertengahan Disember kerana saya ditugaskan untuk menyiapkan dahulu kerja kerja sekolah yang tertangguh pada sebelum sebelum ini. 


   Baiklah , kami mula bertolak dari rumah dengan mengambil masa 2 jam untuk tiba di tempat penginapan . Kira-kira pada jam 3 petang , kami tiba di Barokah Village Resort di Batu Pahat . Kemudian saya dan keluarga bersiar siar dahulu di Barokah Village Resort untuk melihat pemandangan yang csntik belaka . Selepas beberapa minit , kami mendaftar untuk masuk ke dalam tempat penginapan kami . Harga bilik yang kami tempah itu berjumlah RM120 sehari . Selepas itu , kami semua berehat sebentar di dalam tempat penginapan kami . 
 

  Dalam masa yang sama , adik beradik saya ingin mandi manda di tempat penginapan kami . Kebetulan , kolam mandi manda itu berdekatan sahaja dengan tempat kami berehat , betul betul di hadapan tempat penginapan kami ini . 



Kami pun berseronok di kolam mandi manda itu , kami semua berasa puas kerana dapat mandi manda di taman tema air itu . Suasana di sana sungguh meriah . Untuk pengetahuan semua , bagi sesiapa yang sudah masuk mendaftar ke dalam tempat penginapan , mereka boleh bermandi manda di taman tema air itu sepuas hati mereka . Tapi bagi merek yang datang dari luar dan ingin mandi manda di taman tema air itu , merekea perlu membayar wang tunai sejumlah rm 5 . Kemudian , kami semua naik untuk bersiap siap untuk pergi makan malam . 



Kebetulan , kedai makan yang kami pergi itu berdekatan sahaja dengan tempat penginapan kami . Kami boleh berjalan kaki sahaja . Kedai makan itu bernama Leypark Bistro . Di situ ,terdapat makanan yang siap di masak dan jug ada steamboat . Kami sekeluarga bercadang untuk mengambil pakej memakan steamboat dengan harga yang murah iaitu RM 50 sekepala . 

 
 
 


Di kedai makan itu , terdapat pelbagai jenis juadah makanan . Antaranya , udanng , kerang , ikan , ketam , dan banyak lagi . Selepas beberapa jam menghabiskan masa di kedai makan itu , kami sekeluarga puas kerana dapat makan makanan yang banyak . Kemudian kami sekeluarga balik ke tempat penginapan untuk tidur.

Pada keesokkan harinya , kami sekeluarga bersiap sip untuk keluar dari tempat penginapan itu , kami semua mengemas barang , bersihkan tempat penginapan . Kemudian , kami beredar dari sana pada pukl 12 tengahari . Kami semua makan di gerai makan lempeng yang berdekatan di situ . Kemudian selang beberapa jam , kami bercadang untuk pergi ke Legoland untuk bersiar siar sahaja . Kami tidak sempat untuk masuk ke dalam taman tema kerana di situ sudah mendung . Kemudian kami membuat keputusan untuk bersiar siar sahaja di legoland itu . 





Kemudian , pada pukul 5 petang , kami sekeluarga beransur pulang ... Kami sekeluarga berasa amat puas kerana dapat menghabiskan masa dengan keluarga kami sendiri . Semasa di dalam kereta , adik beradik saya termasuk saya tidur bergelimpangan kerana terlalu penat .